Assalamualaikum. Maybe ni entry yang pertama untuk tahun 2018. Eh bukan
maybe tapi memang entry yang pertama. Maklum lah..tuan punya blog ni tak berapa rajin kan hehe. Sebenarnya aku nak luahkan perasaan aku yang selama ni tak terluah. Yelah, ego tinggi sangat,kalah gunung everest! 18/5/2018 genap 5 tahun aku dengan Redzwan. Macam tak percaya kan?! Masih terngiang-ngiang dekat telinga ni 5 tahun lepas ada sorang hamba Allah ni cabar aku setia dengan Redzwan. Dannn...alhamdulillah harini susah senang suka duka aku masih dengan orang yang sama. Sukar digambarkan dengan kata-kata. 6 tahun perkenalan dan 5 tahun bercinta tipu lah kalau manisss jee selalu. Ada jugak pahit,masam,tawar. Tapi aku tak nafikan selama ni Redzwan banyak mengalah dan mempertahankan hubungan ni. Faham2 lah perempuan kan..terkadang buat keputusan tanpa menggunakan akal sebaliknya emosi dan perasaan semata-mata. Bersyukur jugak lah dapat pasangan yang memahami,sudi mengalah dan mengaku salah,minta maaf sedangkan bukan salah dia pun. Thank you so much Redzwan sebab tanpa kesabaran dan usaha,kerja keras dia..aku tak tahu mana hala tuju hubungan ni..mungkin ke laut dalam dah. Hahaha. Semoga segala rancangan kita selepas ni dipermudahkan Allah s.w.t. Aamiin
p/s: yeay hakak dah nak tunang 💕
p/s: yeay hakak dah nak tunang 💕
Comments
Post a Comment