Skip to main content

Be Strong ~ Robyn :')

Assalamualaikum..setelah sekian lama tak update blog,baru hari berkesempatan untuk berkongsi cerita.lately selalu je tak sihat.then busy dengan wedding angah.alhamdulillah semuanya dah selesai dan berjalan dengan lancar.tapi...hari ni bukan nak cerita pasal wedding angah (yang tu lepas ni)...baru-baru ni,kalau tak silap pada 20 April 2013....ayah kawan baik aku (tiqah a.k.a robyn) telah kembali ke rahmatullah.semua terkejut bila dengar berita tu sebab arwah ayah dia masih muda dan sihat.even aku baru mengenali arwah tapi pada pendapat aku arwah seorang yang sangat baik dan disenangi ramai.so tujuan aku update blog kali ni adalah untuk memberi semangat kat robyn ! (harap-harap macam tu lah).."be strong"..aku tahu perkataan ni selalu kau dengar kebelakangan ni kan.i know this word easy to say but hard to do.tapi aku kena jugak cakap kat kau yang kau memang kena kuat.and aku tahu kau memang seorang yang kuat.setiap yang hidup pasti akan mati.cepat atau lambat je.kau pun tahu kan,semua yang kita ada kat dunia ni hanya sementara dan semua itu Allah pinjamkan kat kita.so bila-bila masa Dia boleh tarik.lagi satu..Allah takkan uji hambaNya hingga melebihi kemampuan kita.jangan anggap ujian dari Allah sebagai satu beban tapi anggap ia sebagai ujian untuk kau.Allah lebih sayangkan arwah abah kau.ingat lagi tak apa yang alif cakap kat kau hari tu ? apabila matinya seorang anak Adam itu maka terputuslah segala amalan melainkan 3 perkara,ilmu yang bermanfaat,sedekah jariah dan doa daripada anak-anak yang soleh dan solehah.jadi....kalau betul kau sayangkan abah kau,kau rindukan abah kau...kau mesti solat 5 waktu dan doakan arwah supaya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman (mudah-mudahan..insyaAllah.aamin ! ) ingat pesan ustazah..jangan banyak menangis,kurangkan bersedih agar arwah tenang dan selesa di sana.kita yang masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup di dunia ni perlu meneruskan kehidupan seperti biasa.kau anak sulung jadi kau kena kuat.adik-adik and mak kau sangat perlukan kau.aku.ast,tikah,meny,nadiah sentiasa ada untuk kau.kalau kitaorang boleh tolong insyaAllah kitaorang akan tolong.yang penting kau jangan simpan sorang-sorang k.bagitau kitaorang,share dengan kitaorang..hidup tak selalunye indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.La Takhaf Wa La Tahzan Innallaha Ma'ana..Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati.sesungguhnya Allah ada bersama kita :') ingatlah bahawa apabila Allah berkata Kun (jadilah) Fayakun (maka jadilah)..Al-fatihah~

Comments

Popular posts from this blog

Jodoh

Assalamualaikum.hai..tengok post title tu kan ? okay,bukan nak cerita pasal drama jodoh yang sekarang ditayangkan di astro ria tu (alaa..yang scha berlakon tu)...hehee. BERKAWAN dengan orang lain..~BERCINTA dengan orang lain..~BERKAHWIN dengan orang lain..~selalu sangat terjadi sebab JODOH ITU RAHSIA ALLAH...so bagi aku siapa pun yang kita miliki sekarang belum tentu akan jadi suami/isteri kita nanti.maksudnye..tak mustahil kalau suatu hari nanti yang ade di sisi kita bukan 'dia' lagi tapi orang lain.siapa tahu kan ? bercinta bertahun bagai nak rak pun pun kalau dah ditakdirkan dia bukan jodoh kita tetap tak ke mana. bila satu saat kita terpaksa menerima kepergian atau kehilangan dia kita kena redha.mungkin Allah hendak menggantikan dengan yang lebih baik..InsyaAllah..just ingat 'jika kita menjadi orang baik,insyaAllah Allah akan beri orang yang baik jugak untuk kita.ustazah aku cakap even kita ni baik tapi dapat someone yang kurang baik mungkin Allah hanya ingin menduga...

I'm back :D

Assalamualaikum.yeahhh!!rindu aku tak?hehe..dah berbulan-bulan tak update blog ni.huh...busy memanjang je aku ni kan.next year spm, so lagi lah busynya.apa apa pun terima kasih ira sebab dah edit my moments sampai macam ni sekali.ohsem!!hehe..thanks.nah muah setepek untuk kau :* haha.tak tau nak cerita apa.bukan sebab takde cerita tapi banyak sangat yang nak diceritakan.tak tau nak start dari mana.so..hah! Baru tadi beberapa post aku revert to draft.hm..terpaksa!!tapi semua tu tak bermakna aku lupa kenangan aku.aku just rasa yang aku perlu jaga hati orang yang sangat aku hargai.dia hargai aku jadi takde sebab untuk aku tak hargai dia.siapakah?hahaha.adalah..nantikan kisah selanjutnya lepas ni.cewahhh!! Macam penulis novel pulak kan.tunggu ye...hee :) bye!! *lambai tangan*

Ramadhan Kareem :)

Assalamualaikum.Salam 8 Ramadhan!pejam celik pejam celik tup tup dah 8 hari kita berpuasa gaiss.alhamdulillah kerana dipertemukan lagi dengan ramadhan.dah 2016 kita..terasa amat cepat masa berlalu.usia pun makin meningkat.tak pasti jodoh atau maut yang akan menjemput dulu.siap sedia je lah.tak gitu??sebenarnya kalau nak ikutkan tahun ni adalah tahun kedua sambut puasa di shah alam...bersahur dan berbuka tanpa keluarga.kalau nak cerita seronok tu memang tak seronok lah kan.tapi nak buat macam mana..aku ada dekat sini pun nak cari ilmu.berkorban demi masa depan.bezanya berpuasa di shah alam dengan pahang tu memang berbeza lah.dah namanya dua negeri yang berbeza.kalau nak ikutkan bazaar,tak kira lah dari segi juadahnya ke atau dari segi meriahnya ke...memang totally different.which is kalau aku lah kan..aku akan prefer bazaar di pahang.mungkin sebab aku orang pahang..mungkin lah kan mungkin!so far tak pernah lagi jumpa bazaar dekat shah alam yang memang best,rasa macam nak pergi hari-hari...